Bhagawad Gita XVIII
Bab 18 Bhagawadgita
Moksha Samnyana yoga
(78 sloka)
Bab ini menyentuh tentang beberapa perkara seperti tyaga (pengorbanan), samnyasa (pelepasan), jnana (ilmu), karma (tindakan), karta (pembuat) yang dikategorikan menurut triguna. Pembahagian masyarakat kepada empat varna menurut sifat dan pekerjaan seseorang. Akhirnya, Sri Krishna menasihatkan Arjuna untuk berserah kepada-Nya dan berjanji untuk membebaskannya daripada segala dosa. Selepas mendengar kata-kata Sri Krishna, Arjuna mengatasi segala keraguan dan kelemahannya, dan berjanji untuk berperang demi Dharma.