Purana – Weda Smerthi

No comment 7143 views

Purana
Weda Smerthi

Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar difahami. Tanpa dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya, manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi Veda atau Upanishad. Oleh itu, golongan Rishi mencipta sejenis sastera khas yang dikenali sebagai Purāṇa. Matlamat utama Purāṇa ialah untuk memberikan ajaran Veda dalam gaya yang popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purāṇa wujud dalam bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popular ialah Vishnu Purāṇa, Bhagavata Purāṇa, Skanda Purāṇa, Vayu Purāṇa, Padma Purāṇa, Markandeya Purāṇa dan Agni Purāṇa. Sebahagian Markandeya Purāṇa amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.

Secara amnya, perkataan 'Purāṇa' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.

author