Weda Sruti

No comment 1108 views
Weda Sruti,4 / 5 ( 2votes )

Weda Sruti

Veda juga dinamakan sebagai 'Sruti' yang bermaksud 'sesuatu yang didengar'.*) Ini karena, Veda diturunkan daripada generasi ke generasi secara lisan. Masyarakat Hindu purba, menggunakan kaedah lisan untuk pengajaran. Oleh itu, sebenarnya, Veda bukan setakat sebuah kitab suci, tetapi himpunan ayat-ayat suci.

Veda atau Sruti juga dianggap sebagai 'ilmu mengenai Tuhan'.*) Dalam Hinduisme, ciptaan adalah infinit dan abadi dan begitu juga dengan ilmu mengenai Tuhan adalah tidak terbatas dan abadi. Maka, Veda sebagai ilmu mengenai Tuhan adalah abadi, tidak batasan, dan ia sentiasa wujdu di alam semesta ini.*) Sebahagian ilmu abadi ini, ditemui oleh para Rishi semasa meditasi dan hanya sebahagian kecil sahaja telah direkodkan dalam kitab-kitab suci.

Veda ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada golongan Rishi. Ayat-ayat suci ini dipercayai telah sedia wujud dan didengar oleh golongan Rishi. Oleh itu, Veda dikenali sebagai Ṥruti (bermaksud sesuatu yang 'didengar') Veda ialah apauruṣeya bermaksud bukan ciptaan manusia. Perkataan Sanskrit Veda bermaksud ilmu. Golongan Rishi enggan untuk menulis ayat-ayat suci ini kerana kesalihannya. Mereka menghafal ayat-ayat ini dan mengajarnya secara lisan kepada pengikut-pengikut mereka. Demikian, daripada generasi ke generasi, Veda diturunkan secara lisan.

Dengan mengamalkan Brahmacharya, golongan Rishi mendapat daya ingatan yang kuat. Brahmacharya ialah pengumpulan tenaga dengan mengawal nafsu syawat. Menurut Pātanjala Yogasūtra, Sādhanapāda, Ayat 38, “Brahmacharyapratishthāyam vīryalābhah” (Tenaga diperolehi dengan mengekalkan dara).  Menurut golongan Rishi, seseorang yang mengawal nafsu syawatnya dan tidak membazirkan tenaga dengan aktiviti seksual akan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Selain itu, amalan Brahmacharya juga memanjangkan usia dan memberikan dhāranā sakti – kebolehan untuk memahami intipati kitab-kitab suci. Dengan kekuatan Brahmacharya, para Rishi menghafal ayat-ayat suci Veda dan menurunkannya kepada pengikut mereka. Oleh itu, Ayat-Ayat Veda ini dikenali sebagai Sruti, yang secara literal bermaksud pendengaran.*)

Orang pertama yang mula-mula mengumpul dan menyusun ayat-ayat suci Veda ialah Krishna Dvaipayana (juga dikenali sebagai Veda Vyasa). Baginda menyusun ayat-ayat suci ini kepada empat Veda – Rig Veda, Sāma Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Menurut Vishnu Purana, Vyasa dibantu oleh empat orang pengikutnya dalam mengumpul Veda. Paila membantunya untuk mengumpul Rig Veda; Vaisampāyana mengumpul Yajur Veda, Jaimini mengumpul Sama Veda dan Sumantu mengumpul Atharva Veda.*)

Rig Veda, bahagian yang paling purba, ditulis dalam bahasa Sanskrit kuno. Bagi mengenang jasa Krishna Dvaipāyana Vyāsa, baginda diberikan gelaran Veda Vyasa. Baginda masih disanjung dan ulang tahun kelahirannya disambut oleh orang Hindu sebagai Guru Pūrnimā.

Ajaran utama Veda ialah bahawa semua dan setiap jiwa adalah tuhan – Sarvam Kalvidam Brahma (“Sesungguhnya, segala-galanya ialah Tuhan”) . Terdapat empat ayat-ayat utama Veda yang dikenali sebagai Mahāvākyas atau ‘Maha Ayat-ayat’ yaitu:

  • Aham Brahmasmi – Aku ialah Brahman (Tuhan)
  • Tat Tvam Asi – Kamulah Itu (Brahman)
  • Ayam Atma Brahma – Jiwa dalam badan ialah Brahman
  • Prajnanam Brahma – Ilmu yang Agung ialah Brahman

Pengelompokan weda sruti

Mantram

mantram meliputi empat himpunan yang disebut catur weda samhita yaitu :

  1. Rig veda, yaitu kumpulan mantram yang memuat ajaran umum dalam bentuk pujaan.
  2. Sama veda, yaitu kumpulan mantra yng memuat ajaran umum dalam bentuk lagu-lagu pujian.
  3. Yajur veda, yaitu kumpulan mantra yang memuat ajaran upacara/korban suci.
  4. Arthawa veda merupakan mantra yang memuat ajaran yang bersifat magis.

Agama hindu dibali mengunakan catur weda yang disebut pujastuti yang dilafalkan oleh sulinggih.

Brahmana

adalah himpunanan mantram Rig veda, sama veda, yajur veda, dan atharwa veda yang berisikan doa doa dipergunakan dalam upacara yadja.
Agama hindu dibali selalu mengunakan panduan kitab brahmana dimana upakara kurban/yadnya dituangkan kedalam banten, banten adalah weda bisu simbul dari diri manusia dan alam semesta berserta isinya dan puja puja yang sesuai dengan ritual kurban suci/yadya, tidak menyimpang dari apa yang ada di kitab brahmana.

Upanisad

adalah membahas tentang teori ketuhanan, karena isinya bersifat rahasia. Antara 108 Upanishad yang wujud, yang berikut ialah yang paling popular: Isha, Kena, Katha, Mundaka, Mandukya, Aitareya, Taittiriya, Chhandogya, Prasna, Svetashvatara, dan Brihadaranyaka.

agama dibali memakai upanisad seperti:

  1. Bhuana kosa : isinya tentang terjadinya alam semesta dan juga metaphisik,
  2. Bhuwana Sangkepa : isinya berhampiran dengan bhuana kosa dan menjadi sumber dari dharma wisesa dan sabda prilina,
  3. Wrspati tattwa : isinya metapision dan teori ciptaan,
  4. Siwa gama : isinya tentang theologi, metapisika dan teori ciptaan,
  5. Ganapati tattwa : isinya tentang filsafat ketuhanan,
  6. Tattwa jnana : Isinya tentang metapisika dan filsafat ketuhanan,
  7. Jnana sidhanta : isinya tentang kemoksaan yaitu lepasnya atman dari badan, buana kosa,dll...

demikian tentang Kitab Suci Weda

*) Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3, ms.528, Ramakrishna Math, Bangalore, 2008
*) Swami Nirvedananda, Hinduism at a Glance, ms.25,Ramakrishna Mission Calcutta Students; Home, 1944
*) Swami Vivekananda, Lectures from Colombo to Almora, ms.20, Advaita Ashrama
*) Swami Nirvedananda, Hinduism at a Glance, ms.25, Ramakrishna Mission Calcutta Students; Home, 194
*) Swami Harshananda, ms.529
*) Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.11
*) Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.12

author